Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Miliband turut menyatakan pendirian rasmi Britain bahawa pendudukan Israel di Tebing Barat adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Intro
00:06Ini satu lagi perkembangan yang baru kami terima
00:10Britain pada selasa mengumumkan sekatan perdagangan terhadap barangan yang dihasilkan di pertempatan haram Israel di Tebing Barat
00:20Langkah tersebut dilaksanakan secara bersama dengan Perancis dan Kanada
00:25Sekaligus menjadi tindakan terbaharu yang memencilkan Israel dari sudut diplomatik
00:33Menteri Luar Britain, Ed Meliband ketika berucap di Dewan Rakyat menegaskan
00:37UK tidak boleh lagi sekadar menyuarakan rasa kesal terhadap ketidakadilan dan penderitaan yang berlaku
00:44Sebaliknya perlu mengambil tindakan tegas bagi menentang peluasan pertempatan tersebut
00:49Bagaimanapun langkah sekatan terbaharu Britain itu menerima kritikan daripada Amerika Syarikat menerusi dutanya ke Israel
00:56Malah dua Menteri Kanan Israel turut mendesak agar tindakan balas diambil terhadap Britain
01:02Meliband yang memegang portfolio Menteri Luar sejak Julai lalu
01:06Turut menyatakan penerian rasmi Britain bahawa pendudukan Israel di Tebing Barat adalah tidak sah di sisi undang-undang
01:14Beliau menambah Britain percaya terdapat aktiviti pembersihan etnik terhadap rakyat Palestine sedang berlaku di beberapa kawasan di wilayah berkenaan
01:23Kesan ekonomi terhadap perdagangan dua hala tahunan yang bernilai 6 bilion pound sterling dijangka minimum
01:29Memandangkan perincian mengenai kaedah Britain membezakan antara barangan dari pertempatan tebing barat dengan produk dari Israel masih belum jelas
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended