00:00IDES selaku Sekretariat Kumpulan Rentas Parti Parlimen mencadangkan RM130 juta dana awam diagihkan kepada parti politik yang layak menerusi rang
00:11undang-undang pendanaan politik.
00:13Ketua Pegawai Eksekutif IDES Aira Azhari pada selasa berkata,
00:18pembiayaan menggunakan dana kerajaan dapat mengurangkan kebergantungan parti politik terhadap penderma swasta.
00:24Daripada jumlah itu, RM120 juta akan diagihkan berdasarkan peratusan undi yang diperoleh setiap parti dalam pilihan raya.
00:33Bagi RM10 juta pula akan diagihkan secara berkadar berdasarkan bilangan wakil rakyat wanita daripada parti politik yang layak.
00:41Namun Aira berkata pandangan masyarakat terhadap penggunaan wang kerajaan bagi membiayai parti politik masih bercampur.
00:48Kira-kira separuh daripada responden kajian persepsi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM masih ragu-ragu terhadap pendekatan berkenaan.
Comments