Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, kerjasama dan muafakat dalam kalangan anggota Jemaah Menteri secara keseluruhannya berada pada tahap baik sekali gus menyumbang kepada kestabilan politik negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerjasama dan mafakat dalam kalangan anggota Jemaah Menteri secara keseluruhannya berada pada tahap baik sekaligus menyumbang kepada kestabilan politik negara.
00:09Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata, keadaan itu membolehkan kerajaan merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara berlandaskan dasar yang
00:18jelas dalam suasana politik yang stabil.
00:21Betul. Tidak dapat dinafikan prestasi kita membanggakan kerana dasar jelas, politiknya stabil, kerjasama yang ada dalam Jemaah Menteri walaupun kadang
00:33-kadang dalam media sosial itu lain sedikit tapi dari segi kerjasama,
00:39Si Nurani boleh jelaskan bahawa dalam Jemaah Menteri dan sebagainya, umumnya kita mafakat kita sangat baik.
00:47Ini memberikan gambaran kestabilan dan boleh kita rencanakan untuk rakyat.
00:54Anwar berkata, kestabilan yang wujud perlu dimanfaatkan kerajaan untuk meneruskan perancangan serta melaksanakan dasar yang memberikan manfaat kepada negara dan
01:03rakyat secara keseluruhan.
01:05Pada masa sama, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak supaya tidak terlalu selesa dengan pencapaian yang diraih, sebaliknya terus berusaha untuk
01:12meningkatkan prestasi kerajaan.
01:14Beliau berkata pencapaian yang membanggakan tidak harus menyebabkan kerajaan dilamun rasa enak dan senang dengan kejayaan, tetapi menjadi dorongan untuk
01:23terus bekerja keras demi kepentingan negara.
01:26Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama dengan warga Kementerian Peladangan dan Komoditi KPK di
01:33Putrajaya pada selasa.
01:35Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended