00:00Bertemu kembali, Malaysia Rail Link Seneberhad MRL maklumkan
00:04kadar tambang perkhidmatan laluan ril pantai timur ECRL masih belum dimuktamadkan.
00:09Kenyataan MRL menyebut pihaknya mengambil maklum mengenai kadar tambang ECRL
00:12yang kembali tular dan dikongsi di media sosial sejak kebelakangan ini.
00:18Menurut MRL, maklumat mengenai kadar tambang berkenaan adalah tidak tepat
00:22dan tidak pernah disahkan oleh mana-mana pihak berkuasa.
00:25Sebarang kadar tambang rasmi bagi perkhidmatan penumpang ECRL
00:29hanya akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan selepas proses penilaian
00:33dan kelulusan berkaitan dimuktamadkan.
00:36MRL terus menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat andaian atau kesimpulan
00:40berdasarkan maklumat yang belum disahkan.
00:43Sebaliknya, orang ramai diminta merujuk pengumuman rasmi
00:46daripada Kementerian Pengangkutan, MRL dan ECRL berhubung kadar tambang berkenaan.
00:50MRL berkata penetapan kadar tambang ECRL kelak akan mengembalikan kira
00:55kepentingan rakyat, kemampuan pengguna serta nilai dan kualiti perkhidmatan
00:58hanya ditawarkan.
01:00Menurutnya, ECRL bukan sahaja menyediakan pilihan pengikutan baharu
01:03kepada rakyat, malah dijangka membawa perubahan besar
01:06terhadap mobiliti antara pantai timur dan lembah kelang.
01:09Apabila beroperasi kelak, perjalanan antara kota baru dan gombak
01:12dijangka mengambil masa kira-kira empat jam,
01:15manakala perjalanan Kuala Terengganu gombak sekitar tiga jam
01:18dan kuantan gombak kira-kira satu jam 35 minit.
01:22MRL berkata pihaknya memahami keterujaan orang ramai
01:25untuk mengetahui kadar tambang ECRL dan menggesa mereka menantikan
01:29pengumuman rasmi yang dijangka dibuat menjelang akhir tahun ini.
Comments