00:00Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Selangor,
00:07antara enam individu yang dikuatiri hilang ketika melakukan pendakian merentas gunung Transgerah
00:13selepas gagal keluar mengikut jadual di pos Kemar Perak pada 3 September lalu.
00:20Ketua Polis Daerah Guam Musang, Superintenden Sik Chun Fu berkata,
00:23kedua-duanya mendaki bersama ibu bapa mereka yang masing-masing berusia 39 tahun serta dua malim gunung berusia 49 dan
00:3244 tahun.
00:36Beliau berkata kumpulan tersebut memasuki laluan pendakian melalui pos dakoh lojing di Guam Musang pada 29 Ogos lalu
00:45menggunakan hikmat dua malim gunung berlesin.
00:47Katanya pihaknya menerima laporan daripada ahli keluarga di Selangor pada Sabtu selepas mereka gagal keluar dari laluan pendakian mengikut jadual.
00:58Jelas Chun Fu, hasil semakan mendapati hubungan terakhir dengan kumpulan itu adalah pada 1 September lalu
01:04apabila mereka memaklumkan berada di kawasan hutan Perak dan masih meneruskan perjalanan sebelum gagal dihubungi.
01:12Beliau berkata berdasarkan laluan yang dirancang, kumpulan itu dijangka keluar melalui pos kema Perak
01:18selepas pendakian yang lazimnya mengambil masa antara 4 hingga 5 hari.
01:25Menurutnya, polis kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa di Perak bagi mengesahkan lokasi terakhir kumpulan berkenaan
01:31memandangkan mereka dipercayai telah melepasi sempadan Kelantan.
01:36Tambah beliau, polis tidak menolak kemungkinan telefon bimbit di bawah kumpulan itu kehabisan bateri
01:42sehingga menyebabkan mereka gagal dihubungi.
Comments