00:00Suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM menahan dua individu termasuk seorang bekas pengarah besar sebuah badan berkanun bergelar datuk kerana
00:10disyaki terlibat dalam penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.
00:14Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an itu ditahan kira-kira 4 petang ahad ketika hadir memberikan
00:21keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
00:25Menurut sumber, mereka disyaki terlibat dalam salah guna kuasa berhubung pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di Ibu Negara selain
00:33urusan penjualan tanah milik badan berkanun berkenaan.
00:36Kedua-dua individu itu disyaki terlibat dalam urusan penjualan tanah milik badan berkanun itu kepada syarikat yang ada kepentingan dengan
00:44syarikat pemaju tanpa pengetahuan ahli lembaga pengarah dan anak syarikat.
00:49Kedua-duanya akan dibawa ke Mahkamah Magistret Putrajaya pada Isnin bagi mendapatkan perintah reman.
00:56Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abdul Halim Aman ketika dihubungi sahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di
01:05bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
01:08Terima kasih kerana menonton!
Comments