Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 mengikut ketetapan pihak berkuasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah sekiranya bacaan indeks pencemaran udara IPU melebihi 200 mengikut ketetapan pihak berkuasa.
00:09Exko Kesehatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Jamaliah Jamaludin berkata,
00:13Jabatan Pendidikan Selangor akan terus memantau bacaan IPU di lokasi sekolah dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan tahap pencemaran serta arahan
00:24ditetapkan.
00:28Menurutnya bagi sektor pendidikan, sekolah tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak hendaklah mematuhi ketetapan yang berkuat kuasa berdasarkan bacaan IPU.
00:37Pihak sekolah juga diminta memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa menjadi keutamaan sepanjang tempoh jerebu.
00:44Jamaliah berkata, Selangor terus memperkukuh kesiapsiagaan semua agensi sesudah peningkatan semula bacaan IPU di beberapa kawasan di negeri ini sejak
00:54pagi ahad.
00:55Jamaliah berkata, aspek kesihatan awam kekal menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam situasi IPU tidak sihat.
01:02Katanya, jawatankuasa pengurusan bencana negeri Selangor bersedia menyerahkan bekalan pelitup muka kepada jawatankuasa pengurusan bencana daerah untuk diedarkan kepada penjawat
01:11awam dan orang ramai.
01:13Tambah beliau, pembakaran terbuka adalah dilarang dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan perkara itu
01:21selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Comments

Recommended