00:00Dua juruterbang tentera udara Greece maut selepas pesawat pejuang mereka terhempas semasa pertunjukan udara di pengkalan udara Tanagra di Athens
00:09pada Sabtu.
00:10Menurut laporan akhbar tempatan, kedua-dua juruterbang itu ditemukan maut di luka sekejadian.
00:18Insiden itu berlaku ketika berlangsungnya Athens Flying Week, acara pertunjukan udara tahunan yang menghimpulkan pesawat tentera dan awam daripada pelbagai
00:27negara.
00:27Punca nahas setakat ini masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Greece.
00:34Susulan insiden itu, pihak penganjur membatalkan keseluruhan acara serta-merta.
00:40Athens Flying Week dianjurkan setiap September di pangkalan udara Tanagra sejak 12 tahun lalu dan dianggap antara pertunjukan udara terbesar
00:48di rantau Eropah Tenggara.
00:49Acara tahun ini menghimpulkan puluhan pesawat dan pasukan aerobatik dari beberapa negara termasuk Perancis, Austria, Spanyol dan Itali.
00:59Tentera udara Jerman turut mengambil bahagian dengan mempamerkan aset seperti Eurofighter Typhoon dan Tornado.
01:06Pihak penganjur memaklumkan bahawa sepanjang penganjuran acara itu, tiada kemalangan maut pernah direkodkan sebelum insiden terbaru tersebut.
Comments