Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sara Duterte selepas beliau didakwa atas tiga pertuduhan ugutan di bawah Akta Pencegahan Jenayah Siber susulan kenyataannya pada November 2024 bahawa beliau mengupah seseorang untuk membunuh Presiden Ferdinand Marcos Jr, Wanita Pertama, Liza Marcos dan Martin Romualdez yang merupakan sepupu kepada Presiden sekiranya sesuatu berlaku kepadanya.
Transcript
00:00Naik Presiden Filipina, Sarah Duterte, membayar ikat jamin di sebuah mahkamah di Manila pada Sabtu.
00:06Langkah itu menyusul sehari selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya berhubung dawaan mengeluarkan ancaman bunuh terhadap Presiden Ferdinand Marcos Jr.
00:18Peguamnya, Lawrence Lim berkata, Sarah hadir secara sukarela di mahkamah yang mengeluarkan waran tersebut.
00:24Oleh itu, kata Lawrence, tidak ada keperluan untuk menahannya.
00:27Anak kepada bekas Presiden, Rodrigo Duterte, itu juga mendakwa beliau bimbang akan keselamatan diri serta anak-anaknya.
00:35Katanya, beliau mempunyai dokumentasi mengenai ugutan dan gangguan yang diterima sejak 2023.
00:42Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sarah selepas beliau didakwa atas tiga pertuduhan ugutan di bawah Akta Pencegahan Jenayah Cyber sesulan
00:51kenyataannya pada November 2024.
00:53Ia apabila beliau mengupah seseorang untuk membunuh Presiden Ferdinand Marcos Jr., wanita pertama Liza Marcos dan Martin Romualdes yang merupakan
01:03sebupu kepada Presiden sekiranya sesuatu berlaku kepadanya.
01:07Beliau turut berdepan proseding pemecatan selepas beliau dituduh melakukan beberapa kesalahan termasuk salah guna dana kerajaan dan salah laku.
01:15Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut, proses itu dijangka dipercepatkan dengan senat mempertimbangkan sesi perbicaraan lebih panjang bagi mempercepatkan keputusan kes.
Comments

Recommended