00:00Lebih seribu kes jangkitan tempatan virus Nil Barat dilaporkan di seluruh Eropah sejak bermulanya musim penularan tahun ini.
00:09Data itu didedahkan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah, ECDC.
00:14Menurut agensi Kesatuan Eropah-EU itu, dalam kemas kini mingguan terbarunya, sebanyak 1,086 kes direkodkan di 15 negara setakat
00:243 September.
00:28Jumlah kes meningkat secara mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
00:32Pada awal Ogos, hanya lebih 240 kes dilaporkan di tujuh negara Eropah.
00:38Itali merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 516 kes diikuti Greece dengan 284 kes dan Spanyol sebanyak 88 kes.
00:47Secara keseluruhan, 144 kawasan di seluruh Eropah terjejas termasuk 62 di Itali.
00:55Namun, ECDC memberi amaran, angka itu tidak memberikan gambaran menyeluruh mengenai penularan berkenaan.
01:02Virus Nil Barat terutamanya disebarkan oleh nyamuk dalam kalangan burung liar.
01:07Namun, nyamuk yang dijangkiti juga boleh menularkan virus itu kepada manusia.
01:11Menurut kajian, kira-kira 20% individu yang dijangkiti mengalami demam dan gejala seperti sesama.
01:18Manakala, hanya seorang daripada setiap 100 individu mengalami penyakit serius.
01:24Demam Nil Barat biasanya sembuh tanpa komplikasi, namun kesan jangka panjang agak lazim dalam kalangan pesakit yang mengalami penyakit teruk.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments