Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Situasi darurat jerebu di Serian memerlukan langkah pencegahan segera bagi mengurangkan risiko kesihatan, khususnya terhadap golongan berisiko.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Situasi darurat jerebu di Serian dan beberapa kawasan lain di Sarawak memerlukan langkah pencegahan dilaksanakan segera bagi mengurangkan risiko terhadap
00:09keselamatan dan kesihatan awam.
00:12Prof. Teknologis Dr. Syamsul Bahari Syamsuri berkata, keadaan itu boleh memberi kesan lebih serius kepada golongan berisiko, terutama individu yang
00:22mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan bronchitis.
00:28Katanya orang ramai juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara, IPU dan mengambil langkah sewajarnya berdasarkan tahap kualiti
00:37udara semasa.
00:56Antara langkah yang disarankan termasuk mengurangkan aktiviti di luar bangunan serta memakai pelitup muka yang bersesuaian.
01:04Aktiviti melibatkan sekolah, universiti dan kumpulan terjejas juga boleh dialihkan ke ruang tertutup.
01:25Situasi jerebu ketika ini berlaku ketika rantau ini berdepan fenomena El Nino dan cuaca panas berpanjangan yang dijangka berterusan sehingga
01:34pertengahan Oktober.
01:35Kawasan Serian di Sarawak sebelum ini mencatatkan bacaan IPU pada tahap berbahaya sehingga mencetuskan pengisytiharan darurat jerebu.
01:43Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended