Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata Kementerian Perpaduan Negara menerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Sekretariat Rukun Negara akan mempertingkatkan pendedahan serta kesedaran masyarakat mengenai tatacara penggunaan dan pemasangan Jalur Gemilang yang betul.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rakyat Malaysia diseru untuk lebih peka dan membuat semakan bagi memastikan tata cara penggunaan serta pemasangan jalur gemilang dilakukan dengan
00:10betul sebelum mengibarkannya.
00:12Menteri Perpaduan Negara, Dato' Aaron Agudagang berkata, jalur gemilang ialah lambang kedaulatan, maruah dan perpaduan negara yang wajib dihormati seluruh
00:22rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.
00:30Katanya, menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, Kementerian Perpaduan Negara menerusi kawasan rukun tetangga KRT dan Sekretariat Rukun Negara akan
00:39mempertingkatkan pendedahan serta kesedaran masyarakat mengenai tata cara penggunaan dan pemasangan jalur gemilang yang betul.
00:47Pendekatan itu bukan sahaja bertujuan mengelakkan kesilapan daripada berulang, malah membina kefahaman dan menyemarakkan semangat patriotisme khususnya dalam kalangan generasi
00:57muda.
00:57Beliau berkata kesilapan yang tidak disengajakan wajar dijadikan ruang untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran, manakala tindakan disengajakan untuk menghina atau
01:07memperlekehkan lambang negara perlu ditangani mengikut peruntukan undang-undang.
01:12Aaron berkata prinsip yang sama perlu diterapkan dalam penggunaan jalur gemilang di media sosial termasuk kandungan janaan kecerdasan buatan AI.
01:21Katanya, penggunaan teknologi AI berupaya menghasilkan imej tidak tepat termasuk kesilapan pada bilangan jalur, susunan warna, bulan dan bintang atau
01:32kerudukan bendera.
01:33Justru setiap pengguna mempunyai tanggungjawab untuk menyemak kandungan sebelum diterbitkan atau dikongsikan.
01:40Aaron berkata jalur gemilang tertakluk di bawah akta lambang dan nama, mencegah penggunaan tidak wajar, 1963.
01:47Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended