Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Data pekerjaan AS yang lebih kukuh meningkatkan jangkaan kenaikan kadar faedah Fed, sekali gus menyokong pengukuhan dolar AS. Pasaran kini menunggu laporan inflasi AS sebagai petunjuk dasar monetari seterusnya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ringgit dan mata wang serantau lain dijangka alam hitam kanan minggu depan dengan mata wang tempatan itu dilihat diniagakan antara
00:07RM4.04 dan RM4.06 berbanding dolar AS.
00:11Ia susulan data gaji bukan ladang NFP Amerika yang lebih kukuh daripada jangkaan yang dikeluarkan telah meningkatkan kemungkinan berlaku kenaikan
00:19kadar faedah Amerika sekaligus mengukuhkan dolar AS.
00:24Perhatian pasaran akan terus tertumpu pada data ekonomi Amerika yang akan datang terutamanya laporan indeks harga pengguna IHP Jumat depan
00:32yang secara meluas dilihat sebagai penentu utama keputusan kadar faedah Rizad Persekutuan FED yang seterusnya.
00:38Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr. Mamad Azanizah Abdul Rashid berkata IHP Amerika akan menjadi titik data kritikal
00:46apabila Ahli Jawatan Kuasa Pasaran Terbuka Persekutuan FOMC bersidang semula pada minggu berikutnya untuk membincangkan kadar dana faedah kini berada
00:55pada 3.50 hingga 3.75%.
00:59Bagi minggu yang baru berakhir, Jawatan Kuasa Dasar Monetari MPC Bank Negara Malaysia BNM memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman
01:07OPR pada 2.75% pada mesyuaratnya pada Khamis.
01:11Menurut MPC, tahap OPR pada masa ini konsisten dengan prospek kestabilan harga yang berterusan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
01:19Jawatan Kuasa itu maklumkan ia akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai keseimbangan risiko yang berkaitan dengan prospek inflasi dan
01:27pertumbuhan domestik.
01:29Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.0425 daripada 4.0230 pada minggu sebelumnya.
01:40Unit tempatan juga diniagakan rendah berbanding matawang utama lain.
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended