Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata inisiatif itu akan dilaksanakan bergantung kepada hasil sambutan terhadap lanjutan tempoh operasi tujuh hari seminggu bermula November ini termasuk kesediaan tenaga kerja yang mencukupi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Puspakom akan memanjangkan tempoh operasi sedia ada kepada 24 jam bermula Januari 2027.
00:11Langkah itu bagi memberi peluang kepada orang ramai membuat pemeriksaan kenderaan dengan lebih selesa.
00:16Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmud Razak Bahman berkata,
00:20inisiatif itu akan dilaksanakan bergantung kepada hasil sambutan terhadap lanjutan tempoh operasi tujuh hari seminggu
00:27bermula November ini termasuk kesediaan tenaga kerja yang mencukupi.
00:31Katanya pihaknya telah menyantuni Kesatuan Pekerja-Pekerja Perdagangan Kebangsaan atau NUCW
00:38dan Kesatuan Sekerja Kakitangan Puspakom untuk mendapatkan reaksi terhadap konsep yang menjadikan waktu kerja lebih munasabah
00:46iaitu 8 ke 10 jam sehari berbanding 12 jam ketika ini diikuti hari rehat selama 2 hari seminggu.
00:55Bagi operasi 24 jam pula, ia disasarkan untuk dilaksanakan mulai Januari depan
01:01bergantung kepada sambutan orang ramai terhadap operasi tujuh hari serta kesediaan tenaga kerja dan kapasiti operasi.
01:10Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended