00:00Seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun, kerugian 1.9 juta ringgit selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyama sebagai pegawai
00:10polis.
00:10Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Cumaat.
00:19Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
00:23Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek menggunakan taktik penipuan panggilan telefon dengan menyamar sebagai pihak berkuasa bagi menimbulkan rasa takut
00:33dalam kalangan mangsa.
00:34Mangsa kemudian diminta mengikuti arahan diberikan sehingga wang miliknya dipindahkan kepada pihak tidak dikenali.
00:40Beliau berkata mangsa dipercayai diperdaya selepas dihubungi individu yang mendakwa dirinya pegawai polis dan mengaitkan mangsa dengan kesalahan tertentu.
00:50Akibat panik serta bimbang terhadap tindakan undang-undang, mangsa bertindak memindahkan sejumlah besar wang ke akaun yang diarahkan suspek.
00:58Mohd Alwi menegaskan polis tidak pernah mengarahkan orang ramai memindahkan wang ke mana-mana akaun bank bagi tujuan siasatan.
01:06Beliau mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap panggilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai polis, pegawai bank atau wakil
01:15agensi penguat kasaan.
Comments