00:00Baik, kita beralih ke satu lagi bencana alam, tragedi banjir kilat di Nepal dan juga China tempoh hari.
00:05Seorang warga China yang masih hidup, berjaya diselamatkan dari sebuah terowong projek hidroelektrik di Nepal
00:1110 hari selepas banjir besar dan runtuhan tanah melanda.
00:15Menurut tentera Nepal, mangsa dibawa keluar dari terowong oleh hanggota tentera dalam operasi menyelamat yang masih lagi berterusan.
00:22Rekaman yang dikeluarkan tentera menunjukkan mangsa diberi bantuan oleh petugas perubatan ketika berada di dalam sebuah helikopter.
00:30Bencana pada 26 Ogos lalu itu berlaku selepas runtuhan glasier di kawasan hulu sungai mencetuskan banjir besar dan menjejaskan beberapa
00:39projek hidroelektrik.
00:41Pegawai dan anggota penyelamat percaya sekurang-kurangnya 900 individu terperangkap di dalam terowong
00:46yang mempunyai kaitan dengan enam projek hidroelektrik di sepanjang kawasan sungai berkenaan.
00:53Setakat semalam, lebih 4,000 warga Nepal dan 270 warga asing berjaya diselamatkan dalam operasi sesuatu pencana berkenaan.
01:01Tentera Nepal masih menjalankan operasi untuk mengesan individu yang dipercaya terperangkap di beberapa projek hidroelektrik yang terjejas.
01:09Terima kasih telah menonton!
Comments