00:00Angkatan Muda Keadilan, AMK, membetulkan kenyataan Dato' Seri Tuan Ibrahim berhubung jumlah kerusi parlimen yang dimiliki PKR berbanding UMNO.
00:09Betul penerangannya, Danish Hairuddin hari ini berkata, PKR masih mempunyai 28 ahli parlimen berbanding 26 yang UMNO miliki.
00:20Menurut Danish, PKR memenangi 31 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-15, PRU-15, manakala UMNO memperoleh 26 kerusi.
00:31Jelasnya, selepas tiga ahli parlimen PKR mengosongkan kerusi, parti itu masih mempunyai jumlah wakil rakyat yang lebih besar berbanding UMNO.
00:41Dalam kenyataan sama, Danish turut mempersoalkan tindakan Tuan Ibrahim yang disifatkannya terlalu bersungguh-sungguh mempertahankan UMNO.
00:50Beliau juga mendakwa pendirian itu bercanggah dengan kenyataan Tuan Ibrahim sebelum ini bahawa tidak seharusnya wujud konsep abang besar atau
01:00adik kecil dalam rundingan PAS UMNO.
01:02Danish menegaskan sekiranya UMNO mempunyai masalah dengan PKR, perkara itu sepatutnya disuarakan sendiri oleh barisan kepimpinan parti berkenaan.
01:13Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Tuan Ibrahim yang mendakwa PKR menumpang kekuatan UMNO dan perlu melihat jumlah kerusinya
01:23sebelum memberi kata dua kepada parti itu.
Comments