00:00Apa status terbaru kualiti udara khasnya di Sarawak dan juga apa yang kita boleh jangkakan daripada tren jerebu? Untuk itu
00:06kita ke skrin sesentuh Astro Awani untuk kita melihat data daripada Pusat Meteorological Khusus ASEAN atau ASMC yang memberikan kita
00:14gambaran kena dengan keadaan jerebu dan juga titik-titik panas di semua kawasan yang terlibat seperti di Kalimantan di Indonesia.
00:21Ini adalah titik-titik jika anda boleh lihat di sini titik-titik panas bermakna kawasan yang masih lagi dikesan berlaku
00:27kebakaran yang sudah tentu menjadi penyumbang utama kepada fenomena jerebu yang melanda negara kita.
00:33Titik-titik panas ini adalah titik yang dianggap lebih serius yang anda lihat masih lagi bertibaran di Kalimantan khasnya di
00:39kawasan barat Kalimantan dan juga selatan Kalimantan manakala titik-titik kuning adalah titik yang menjadat dalam keadaan yang lebih terjaga.
00:47Tetapi kalau kita lihat secara gambaran yang lebih penuh dan besar masih lagi banyak kira-kira mungkin seratus saya anggarkan
00:54di sini titik-titik panas yang masih lagi berlaku kebakaran terbuka secara aktif yang dijangka akan terus menyumbang kepada jerebu
01:02di negara kita khasnya di sini di kawasan Sarawak.
01:05Dan kalau kita lihat tren angin, tiupan angin, kalau kita lihat dari kawasan Kalimantan, Indonesia ke Borneo, ke Sarawak secara
01:17spesifiknya, kita lihat tren angin akan terus bertiup seperti jangkaan yang akan melanda bandar-bandar besar seperti di Kuching, seperti
01:25di Serian yang mencapai tahap IPU berbahaya semalam.
01:28Tetapi juga tidak terkecuali kawasan-kawasan yang dekat seperti Sibu dan tidak jauh dari itu Mukah, Kapit dan sebagainya.
01:35Dan tidak dilupakan beberapa kawasan di Semenanjung yang juga terjejas lebih banyak berbanding kawasan-kawasan lain seperti di selatan khasnya
01:42di Johor.
01:43Kalau kita lihat di sini, apa yang dibulatkan di sini yang hujungnya, pinggirnya adalah merah, itu adalah kawasan yang dijangka
01:51paling teruk terjejas dengan jerebu dalam magnitude dan juga volume yang paling tinggi.
01:56Manakala kawasan ini masih lagi akan terkesan tapi mungkin pada darjah yang lebih sedikit.
02:02Ini adalah kawasan yang lebih besar yang kita lihat menjejaskan kawasan Sumatera, selatan tanah air khasnya kita tengok lembah kelang
02:09ke bawah termasuk Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dan juga beberapa kawasan di Sabah sedikit sebanyak di pinggiran Sabah.
02:17Dan ini membawa kepada apa yang kita kongsikan setiap hari iaitu IPU atau API, Indeks Pencemaran Udara.
02:24Seperti yang kita lihat di sini, ini adalah Injek Pencemaran Udara daripada APIMS di Borneo khasnya kalau kita lihat kawasan
02:32yang paling teruk terjejas adalah kawasan yang kita kongsikan dalam peta sebelum ini, kawasan yang hampir dengan lokasi kalau Kalimantan
02:40iaitu di barat Sarawak khasnya Kucing, Serian, Sibu tidak jauh di sini.
02:46Masih lagi mencatatkan IPU pada tahap sangat tidak sihat. 275 di Kucing, 209, 222 di kawasan atau lokasi sekitar Serian,
02:55232 di sini.
02:57Dan kalau kita lihat semakin ke timur atau pertengahan Sarawak ia turun sedikit bertambah baik sedikit kepada tahap tidak sihat.
03:05Masih lagi tidak sihat. 190, 127, 181 dan sebagainya.
03:09Dan seperti yang anda dapat lihat di sini, ia memberikan kesan kepada keseluruhan pinggiran Sarawak khasnya.
03:16Masih lagi lebih 200, tiap sangat tidak sihat.
03:19Jadi kebanyakan kawasan di Sarawak masih lagi dicatatkan ataupun mencatatkan Indeks Pencemaran Udara sama ada tidak sihat atau sangat tidak
03:26sihat.
03:27Dan kita harap ia tidak akan menjadi lebih buruk daripada ini tetapi Serian seperti yang kita lihat semalam sudah ditingkatkan
03:35kepada tahap berbahaya.
03:36Dan ini adalah status terkini, titik panas kebakaran terbuka dan juga API ataupun Indeks Pencemaran Udara di Malaysia khasnya di
03:44Borneo.
03:45Kalau kita boleh tinjau sedikit di kawasan Semenanjung di situ, masih lagi beberapa kawasan yang mencatatkan IPU yang tidak sihat
03:51seperti warna kuning di sini khasnya di pantai barat.
03:56Tapi kebanyakan yang Alhamdulillah masih lagi berada di bawah paras 100 iaitu tahap yang sihat.
04:02Semua tumpuan beralih ke Borneo khasnya di Sarawak sekarang untuk melihat apa yang akan dilakukan seterusnya sekiranya jerebu kekal atau
04:10bertambah buruk.
Comments