Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Insiden disyaki keracunan makanan melibatkan ratusan pelajar dan guru mencetuskan kebimbangan terhadap pelaksanaan program makanan percuma kerajaan Indonesia yang turut berdepan kritikan dan dakwaan rasuah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ratusan pelajar dan guru di Indonesia jatuh sakit selepas memakan makanan percuma di sekolah pada Khamis.
00:08Ketua kata pengetua mereka, ia merupakan kejadian keracunan makanan besar kedua minggu ini yang dikaitkan dengan program utama kerajaan.
00:22Program makanan bernilai berbilion dolar itu yang dilancarkan pada Januari tahun lalu merupakan antara dasar utama Presiden Prabowo Subianto.
00:30Program tersebut dikritik secara meluas kerana kosnya yang tinggi dengan ratusan orang mengadakan demonstrasi di Jakarta minggu lalu dan menggesa
00:38supaya ia dihentikan.
00:39Sekurang-kurangnya 725 pelajar dan 25 guru di Rembang, Pulau Jawa mengadu berasa tidak sihat pada pagi Khamis selepas memakan
00:48makanan tengah hari percuma pada Rabu.
00:50Antara lain, pengetua sekolah Johar Tudik mendedahkan mereka mengalami cirit-birit, muntah dan berasa loya.
00:56Beliau memberitahu kakitangan dapur berkata makanan itu disediakan pada jam 3 pagi waktu tempatan dan dihidangkan pada tengah hari.
01:03Seorang doktor di sebuah klinik kesihatan tempatan, Joko Parianto berkata, 18 pelajar dan guru terpaksa dibawa untuk berdapatkan rawatan, manakala
01:123 daripada mereka masih dirawat di hospital.
01:15Kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas selebih 500 pelajar di Sidoarjo, Jawa Timur dibawa ke hospital selepas memakan makanan
01:22tengah hari percuma pada Selasa.
01:24Agensi GZ Nasional, badan kerajaan yang pada tengah jawab mengagihkan makanan percuma itu berkata pada Rabu bahawa sekurang-kurangnya 80
01:32pelajar masih dirawat di hospital.
01:34Program itu dicemari oleh kejadian keracunan makanan secara besar-besaran dan dawaan rasuah sejak ia dimulakan.
Comments

Recommended