Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Sebuah pesawat Garuda Indonesia yang membawa 149 penumpang dan kru selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin, Makassar, hari ini selepas mengalami masalah tayar ketika dalam penerbangan dari Jakarta.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebuah pesawat Garuda Indonesia yang membawa 141 penumpang dan 8 kru selamat mendarat di lapangan terbang-terbangsa Sultan Hassan Udin,
00:09Makassar pada Khamis
00:10selepas mengalami masalah tayar ketika dalam penerbangan dari Jakarta.
00:15Penerbangan GA604 yang menggunakan pesawat Boeing 737-800 itu mendarat pada jam 9.13 pagi waktu tempatan.
00:27Pengarah Pengangkutan Udara Kementerian Pengangkutan Indonesia Luqman F. Laisa berkata,
00:33pemeriksaan awal mendapati tayar pada roda utama nombor 3 pesawat berkenaan pecah.
00:39Selepas mendarat, pesawat itu ditunda dari landasan ke ruang pakir untuk menjalani pemeriksaan lanjut dan kerja pembaikan.
00:47Kesemua penumpang dan kru juga dilaporkan selamat.
00:50Sebelum itu, pesawat dengan nombor pendaftaran PK-GFS itu berlepas dari lapangan terbang antarabangsa
00:57Soekarno-Harta, Jakarta menunjuk ke Makassar.
01:02Pihak berkuasa kini memantau pengendalian pesawat berkenaan bagi memastikan keselamatan operasi penerbangan terus terjamin.
Comments

Recommended