00:00Kerajaan mengemukakan pelan 17 langkah bagi memperketat keselamatan di pintu masuk lapangan terbang,
00:06susulan beberapa kes rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana disyaki terbabit kegiatan jenayah.
00:12Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,
00:16pelan itu merangkumi fasa jangka pendek, sederhana dan panjang serta pemeriksaan terhadap penumpang yang keluar masuk negara.
00:27Menurut Saifuddin, pelan berkenaan sudah dibentangkan kepada Jemaah Menteri dua minggu lalu.
00:32Katanya penambahbaikan itu mengambil kira beberapa kes individu yang keluar dari Malaysia sebelum ditahan pihak berkuasa di negara destinasi kerana
00:41disyaki terbabit jenayah.
00:43Antara agensi yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, Jabatan Immigration Malaysia,
00:51Malaysia Airpods Holding Berhad serta pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia.
00:56Dalam perkembangan sama, Saifuddin menegaskan Malaysia tidak boleh membawa pulang rakyat negara ini yang ditahan kerana melakukan kesalahan jenayah di
01:04negara lain
01:05semata-mata bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan undang-undang negara terbabit.
01:10Bagaimanapun, Malaysia akan mendapatkan ekses untuk menemubual rakyatnya yang ditahan bagi membantu siasatan serta kerjasama antara kedua-dua negara.
01:19Katanya, pendekatan itu dilaksanakan dalam kes membabitkan seorang juruterbang Malaysia yang ditahan di Indonesia.
01:27Hasil maklumat yang diperoleh menerusi sesi soal siasat bersama individu berkenaan kemudian yang membantu pihak berkuasa Malaysia melakukan beberapa tangkapan.
Comments