Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
MITI dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia disaran memperkukuh pengumpulan data industri serta mengaudit pergerakan kargo berisiko tinggi bagi membuktikan keberkesanan kawal selia negara susulan siasatan Amerika Syarikat berkaitan isu lebihan kapasiti.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI serta Jabatan Kustom di Raja Malaysia disaran memperkukuh pengumpulan data dan audit kargo berisiko
00:08tinggi bagi menghadapi penelitian berterusan Amerika Syarikat.
00:12Pemain Industri Maritim, Datuk Seri R. Jayanren berkata, MITI dan Jabatan Kustom perlu mengumpulkan data industri yang disahkan, mengaudit pergerakan
00:23kargo berisiko tinggi dan membuktikan penguatkuasaan berkesan terhadap sekatan import berkaitan buruh paksa.
00:32Menurut beliau, Malaysia perlu memanfaatkan tempoh sebelum Amerika Syarikat mengumumkan hasil siasatan bagi memperkukuh bukti dan memastikan setiap komitmen yang
00:42dibuat dilaksanakan dengan berkesan.
00:45Katanya, Malaysia bukan sahaja perlu mewujudkan bahawa peraturan sedia ada wujud, malah membuktikan ia dilaksanakan, dipantau dan dikuatkuasakan secara menyeluruh.
00:56Tegas beliau, keupayaan mengesan pergerakan barangan sepanjang rantaian bekalan adalah penting bagi memastikan ekspor yang dikaitkan dengan Malaysia benar-benar
01:06berasal daripada pengeluaran tempatan.
01:09Kebimbangan Amerika Syarikat terhadap pergerakan barangan melalui negara ketiga menjadikan kawalan transshipment yang kukuh sebagai antara keutamaan dalam mempertahankan kedudukan
01:19Malaysia.
01:20Menurutnya, rekod yang lemah boleh menjejaskan kredibiliti negara dan menyukarkan usaha membezakan antara produksi sebenar di Malaysia dengan barangan yang
01:29hanya melalui negara ini.
01:31Sebelum ini, Menteri MITI Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Amerika Syarikat dijangka mengumumkan hasil siasatan berkaitan isu lebihan kapasiti
01:40yang melibatkan Malaysia dalam tempoh 3 hingga 4 minggu.
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended