00:00Sekolah-sekolah di beberapa negara Asia kini mempergiat latihan keselamatan dan kesiapsiagaan kecemasan bagi memperkukuh pelindungan pelajar dan warga sekolah.
00:08Usaha itu dilaksanakan susulan peningkatan kebimbangan terhadap risiko bencana serta insiden keselamatan di institusi pendidikan.
00:19Di Filipina, pelajar di San Rafael menyertai latihan keselamatan sekolah serentak peringkat kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Pendidikan Negara itu.
00:27Latihan itu merangkumi simulasi perintah berkurung penuh selama 30 minit dan disusuli penilaian bersama pelbagai agensi keselamatan.
00:36Timbalan Setiusaha Jabatan Pendidikan Filipina, Malcolm Garma berkata, latihan tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dan keupayaan sekolah mengenalpasti risiko serta bertindak
00:46dengan pantas semasa kecemasan.
01:10Sementara itu di Thailand, sekolah-sekolah turut menjalankan latihan kesiapsiagaan kecemasan susulan insiden tembakan maut di sebuah sekolah di wilayah
01:19non-Taburi bulan lalu.
01:20Rakaman yang disiakan penyia Thailand menunjukkan pasukan tindak balas pantas memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang langkah keselamatan semasa insiden
01:29tembakan termasuk menghalang akses ke dalam kelas.
01:33Kerajaan Thailand turut berikrah memperketatkan kawalan senjata api dan membanteras pemilikan senjata haram susulan insiden berkenaan.
Comments