00:00Pendidikan, peluang ekonomi, kebajikan dan pembangunan sosio-ekonomi antara perkara utama yang dibincangkan dalam sesi pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri
00:10Anwar Ibrahim bersama pemimpin masyarakat India pada Khamis.
00:14Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan, sesi libat urus siri kedua itu menghimpunkan wakil daripada 9 dewan perniagaan
00:22dan 14 pertubuhan bukan kerajaan.
00:27Menurut beliau, pertemuan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan untuk mendapatkan pandangan secara langsung daripada pelbagai lapisan masyarakat.
00:35Beliau menegaskan bahawa sesi berkenaan bukan sekadar pertemuan sekali lalu, sebaliknya sebahagian daripada proses libat urus yang akan diteruskan dari
00:44semasa ke semasa.
00:45Ramanan turut merakamkan penghargaan kepada semua pemimpin komuniti yang hadir dan membawa suara organisasi masing-masing dalam menyampaikan aspirasi, keperluan
00:54dan harapan masyarakat India.
00:56Menurutnya, kerajaan akan terus bergerak ke hadapan bersama rakyat menerusi pendekatan mendengar, memahami dan melaksanakan agenda pembangunan yang lebih inklusif.
Comments