Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Penduduk Iran menghadiri upacara pengebumian mangsa yang terkorban dalam serangan udara Amerika Syarikat yang didakwa mengenai sebuah majlis perkahwinan di selatan negara itu. Iran melaporkan lima maut dan hampir 70 cedera, sementara Washington menegaskan ia tidak menyasarkan orang awam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penduduk di selatan Iran menghadiri upacara pengebumian mangsa yang terkorban dalam serangan udara AS yang didakwa mengenai sebuah majlis perkahwinan
00:09pada 1 September lepas.
00:12Upacara pengebumian berlangsung pada Khamis di luar Perkampungan Kuhestak, daerah sirik di pesisi Selat Hormuz.
00:22Menurut pihak berkuasa Iran, serangan berkenaan mengenai sebuah kediaman yang ketika itu sedang menjadi lokasi majlis perkahwinan.
00:30Pegawai Iran memaklumkan sekurang-kurangnya 4 individu terbunuh dan hampir 70 lagi cedera dalam insiden tersebut.
00:37Bagaimanapun media kerajaan Iran melaporkan seorang lagi mangsa wanita berusia 22 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital menjadikan
00:46jumlah korban meningkat kepada 5 orang.
00:49Sementara itu tentera AS mengakui pihaknya mengetahui laporan yang dikeluarkan oleh Iran berhubung insiden tersebut.
00:56Namun dalam satu kenyataan, tentera AS menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menyasarkan orang awam dalam sebarang operasi ketenteraan.
Comments

Recommended