00:00Parlimen perlu mengambil kira perubahan demografi negara dalam menggubal undang-undang, menentukan belanjawan serta merangka dasar.
00:09Yang dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul berkata antara cabaran yang perlu diberi perhatian termasuk peningkatan populasi warga emas, saiz keluarga
00:17yang semakin mengecil serta perubahan keperluan antara generasi.
00:24Menurutnya isu kependudukan dan pembangunan akhirnya menjadi persoalan politik kerana keutamaan rakyat perlu diterjemahkan melalui perundangan, institusi dan perbelanjaan kerajaan.
00:36Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sepenuh persidangan Tahunan Forum Ahli Parlimen Asia mengenai kependudukan dan pembangunan
00:44AFPPD 2026 di Kuala Lumpur.
00:47Johari berkata perbincangan mengenai demografi bukan sekadar melibatkan statistik tetapi turut merangkumi persiapan golongan muda menghadapi alam dewasa, sokongan kepada
00:57keluarga serta pengiktirafan terhadap kerja penjagaan.
01:01Ia turut melibatkan usaha membolehkan wanita terlibat sepenuhnya dalam masyarakat selain menangani cabaran jangka hayat yang semakin panjang ketika saiz
01:10keluarga semakin kecil.
01:11Menurut Johari, peranan AFPPD penting kerana perubahan demografi berlaku dalam tempoh beberapa dekad sedangkan kitaran politik pilihan raya jauh lebih
01:21singkat.
01:22Dalam pada itu, penubuhan Sekretariat Global AFPPD di Kuala Lumpur disifatkan sebagai langkah baru dalam memperkukuh kerjasama parlimen berkaitan kependudukan
01:31dan pembangunan.
01:32Persidangan dua hari itu menghimpunkan ahli parlimen dari Asia, Pasifik, Afrika dan negara Arab.
Comments