00:00Aeon Credit bukan sekadar menyediakan pembiayaan motosikal, namun syarikat itu juga turut prihatin dengan masyarakat, khususnya komuniti penunggang motosikal dalam
00:09aspek keselamatan.
00:11Sempena sambutan ulang tahun ke-30, Aeon Credit melaksanakan program pertukaran topi keledar bagi menghargai para pelanggannya yang sentiasa memberikan
00:19sokongan dan kepercayaan kepada syarikat itu.
00:23Ketua Kumpulan Pemasaranya Sharon Lee berkata, inisiatif yang julung kali dilaksanakan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan menggunakan topi keledar
00:34yang selamat dan menepati piawaian keselamatan.
00:38Katanya, program itu juga mencerminkan komitmen syarikat, malahan ia secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada lebih 1,000 pengguna
00:46motosikal.
00:47Program ini mencerminkan komitmen Aeon Credit untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam komuniti motosikal.
00:55Kami bukannya sekadar sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembiayaan motosikal, tetapi juga sebuah organisasi yang memberikan prihatin dan memahami tentang
01:08keperluan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan pelanggan kami.
01:13Melalui program ini, kami berharap untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menggunakan topi keledar yang menepati piawaian keselamatan.
01:26Untuk mencapai matlamat ini, kami juga akan meneruskan dan membolehkan program ini berlanjutan sehingga 1,500 topi keledar telah diagihkan.
01:41Beliau berkata demikian selepas program pertukaran topi keledar di Kuala Terengganu pada Khamis.
01:47Menurut Sharon lagi, program berkenaan telah dilaksanakan bermula 31 Ogos lalu di Kuala Lumpur, diikuti Pahang dan Terengganu dan dipeluaskan
01:57ke negeri Kelantan, Sabah serta Sarawak.
01:59Sharon berkata menerusi program seumpama itu juga dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan menukar dan mendapatkan topi keledar yang telah
02:09lama digunakan.
02:10Justeru pihaknya akan memperhebatkan lagi program berkenaan di masa hadapan dan berhasrat menyalurkan peralatan keselamatan motosikal termasuk sarung tangan dan
02:20jaket.
02:21Terima kasih telah menonton!
Comments