Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Batik Air akan membuka laluan penerbangan terus Batam-Pulau Pinang mulai 18 Okt depan, sekali gus membuka akses baharu kepada Pulau Pinang untuk meneroka pasaran pelancongan di Kepulauan Riau, Indonesia.
Transcript
00:00Laluan penerbangan terus Batam Pulau Pinang bakal membuka akses baharu kepada Pulau Pinang untuk meneroka pasaran pelancongan di Kepulauan Riau,
00:09Indonesia.
00:10Laluan dikendalikan batin air itu akan bermula 18 Oktober depan dengan kekerapan 3 kali seminggu.
00:19Pengurusi Jawatan Kuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Honwai berkata, laluan itu membuka peluang baharu untuk Pulau Pinang
00:27meneroka pasaran pelancongan di Kepulauan Riau, sekaligus memperluas pangkalan pasaran pelancongan Indonesia.
00:34Jelas Honwai, Indonesia sememangnya antara pasaran pelancongan antarabangsa utama Pulau Pinang.
00:40Bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, seramai 201,657 pelancong Indonesia memasuki negeri itu melalui lapangan terbang antarabangsa Pulau
00:51Pinang.
00:51Jumlah itu meningkat 4.58% berbanding 192,823 orang bagi tempoh sama tahun lalu.
01:00Sebelum ini, antara bandar utama Indonesia yang menjadi pasaran pelancongan Pulau Pinang ialah Medan, Jakarta, Surabaya dan Bandar Aceh.
01:08Kini Kepulauan Riau pula dilihat mempunyai potensi besar untuk diterokai melalui hubungan udara secara terus.
01:16Tempahan tiket bagi laluan berkenaan kini dibuka melalui laman web berasmi Batik Air.
Comments

Recommended