00:00Petron Malaysia Refining and Marketing Berhad mencatatkan kerugian bersih 34.48 juta ringgit pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026
00:10berbanding keuntungan bersih 40.52 juta ringgit bagi tempoh sama tahun lalu.
00:16Prestasi itu dipengaruhi persekitaran perniagaan mencabar, susulan turun naik harga minyak serta gangguan bekalan akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.
00:27Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Petron Malaysia berkata prestasi itu dipengaruhi keberantungannya terhadap produk import bagaimanapun perolehan meningkat kepada RM4
00:38.72 bilion berbanding RM3.26 bilion sebelumnya didorong harga minyak lebih tinggi.
00:44Bagi prospek Petron Malaysia menjangka turun naik harga minyak berterusan dalam tempoh terdekat manakala permintaan minyak berpotensi terjejas akibat aktiviti
00:54ekonomi global yang lebih lemah.
00:56Syarikat pada masa sama terus mengoptimumkan operasi kilang penapisan Port Dixon bagi menyokong bekalan tempatan.
Comments