00:00Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM bersedia menggerakkan pasukan khas taktikal dan penyelamat Malaysia STOM ke Nepal pada bila-bila
00:08masa
00:08termasuk dengan notis singkat sekiranya menerima arahan kerajaan.
00:14Ketua Pengarah JBPM Dato' Sri Nurhisha Muhammad berkata penghantaran pasukan itu bagaimanapun tertakluk kepada permohonan kerajaan Nepal
00:21serta arahan dan penyelarasan kementerian luar melalui Wisma Putra dan agensi pengurusan bencana negara NADMA.
00:29Nurhisha berkata persediaan awal telah dibuat termasuk dokumentasi awal berdasarkan pengalaman JBPM
00:35menyertai misi mencari dan menyelamat di Turki sebelum ini yang menuntut anggota serta dokumen perjalanan disiapkan lebih awal.
00:42Dalam perkembangan berkaitan Nurhisha berkata JBPM masih gagal menghubungi sembilan peserta tracking termasuk dua pegawai jabatan itu
00:50serta seorang ejen tempatan di Nepal setakat pagi ini.
00:53Pihaknya menaruh harapan tinggi supaya talian komunikasi di sana dapat dipulihkan dan sekurang-kurangnya memperoleh petunjuk mengenai lokasi serta keadaan
01:01mereka.
01:02Beliau berkata perjalanan peserta itu adalah program persendirian dan bukan dianjurkan atau dikelulakan JBPM.
01:09Katanya anggota yang menyertai perjalanan itu merupakan pendaki berpengalaman dan sebahagian daripada pasukan teras yang membantu persediaan percubaan pendakian Gunung
01:18Everest oleh seorang pendaki JBPM tahun lepas.
01:21Nurhisham berkata bagaimanapun perjalanan kali ini lebih bersifat tracking dengan sebahagian besar laluan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan hanya
01:30satu hingga dua jam terakhir melibatkan perjalanan kaki.
01:34Nurhisham berkata kumpulan tersebut berlepas pada 24 Ogos dan dijangka memasuki kawasan sempadan Tibet pada 26 Ogos.
01:41Beliau berkata komunikasi terakhir yang diterima adalah ketika mereka bersarapan pada pagi berkenaan namun tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan
01:50itu masih berada di tempat penginapan atau telah memulakan perjalanan.
01:54Nurhisham berkata JBPM turut berhubung rapat dengan keluarga pegawai terbabit yang kini menggunakan pelbagai saluran dan kenalan di Nepal untuk
02:02mendapatkan perkembangan terkini.
02:03Terima kasih telah menonton!
Comments