00:00Farm Fresh Berhad merekodkan pertumbuhan hasil 17.6% kepada 306.4 juta ringgit bagi suku pertama tahun kewangan 2027.
00:10Prestasi itu disokong peningkatan jualan di Malaysia selain pertumbuhan ekspor ke Kemboja dan Filipina.
00:17Keuntungan selepas cukai turut meningkat 6.4% kepada 26.8 juta ringgit daripada 25.2 juta ringgit pada suku
00:27sebelumnya.
00:28Keuntungan sebelum cukai pula naik 8.4% kepada 30.7 juta ringgit.
00:35Peningkatan itu didorong pemulihan segmen hotel, restoran dan catering serta aiskrim selepas terkesan faktor musim Ramadan pada suku keempat tahun
00:44kewangan sebelumnya.
00:45Namun berbanding suku sama tahun sebelumnya, keuntungan selepas cukai susut 19.3% manakala keuntungan sebelum cukai menurun 14.8%.
00:57Farmfresh berkata penurunan itu antaranya disebabkan peningkatan kos pengedaran, gaji dan perbelanjaan kewangan.
01:05Dalam pada itu syarikat terus mengambil langkah mengurangkan kos termasuk pelarasan harga terpilih, mencari sumber bekalan alternatif dan meningkatkan kecekapan
01:13operasi.
01:14Farmfresh turut menggantikan diesel dengan gas asli cecair LNG di ladangnya di Muazzam Shah, yang dijangka mengurangkan separuh kos bahan
01:23api dan menjimatkan sehingga 5 juta ringgit setahun.
01:28Kilang Farmfresh di Kemoja dijangka mula beroperasi Oktober ini, manakala kilang baharu di Bandar Aztec kini di peringkat akhir pembangunan.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments