Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Seorang bekas pelatih di Sekolah Henry Gurney yang baru dibebaskan dua bulan lalu atas kesalah merogol adik kandungnya ditahan sekali lagi dan didakwa melakukan amang seksual fizikal dan cubaan merogol adinya yang lain.
Transcript
00:00Baru saja bebas dari sekolah Henry Gennie dua bulan lalu atas kesalahan merogol adik kandungnya,
00:06seorang pemuda sekali lagi ditahan melakukan amang seksual fizikal dan cubaan merogol adiknya yang lain
00:13dalam dua kejadian berasingan pada Jun dan Minggu lalu.
00:17Lebih keji, kesalahan pertama itu dilakukan hanya dalam tempoh beberapa jam
00:21selepas bekas pelatih Pusat Pemulihan berusia 21 tahun berkenaan pulang ke rumah keluarga mereka.
00:30Tertuduh kemudian dihadapkan ke Mahkamah Session Aikero dan membuat pengakuan tidak bersalah
00:35sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Hakim Raja Nur Adila Raja Mahyaldin.
00:43Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal
00:48dengan cara mencium dan meraba adik bongsunya yang berusia 15 tahun kira-kira pukul 1.30 hari 6 Jun lalu
00:56di sebuah rumah di kampung Umbai.
00:58Manakala tertuduh sekali lagi melakukan kesalahan sama dengan cara menarik seluar dan menyandarkan badannya
01:05terhadap mangsa sama pada pukul 9.30 malam 20 Ogos lalu.
01:10Bagi kesalahan itu, tertuduh yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu didakwa mengikut Seksyen 14 Kurungan A Akta Kesalahan
01:18Seksual terhadap kanak-kanak 2017
01:20yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
01:29Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta menerima syarat tambahan di pohon pihak pendawaan.
01:38Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran selain menetapkan 29 September ini
01:46sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
01:49Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended