00:00PAS menganggap ruang untuk berdamai dengan Bersatu sudah tertutup.
00:05Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata ia selepas Bersatu bertindak bertanding melawan gabungan Perikatan Nasional PN pada pilihan
00:14Naya Negeri Sembilan baru-baru ini.
00:16Beliau selain itu berkata pemimpin Bersatu juga mengeluarkan kenyataan terbuka bekerjasama dengan Pakatan Harapan menjelang PRN Melaka.
00:44Ketua Penerangan Bersatu Melaka Hishamuddin Abdul Karim sebelum ini dilaporkan berkata
00:49parti itu terbuka untuk mengadakan rundingan dengan parti lain yang mempunyai persamaan termasuk PH menjelang PRN Melaka.
00:59Pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos lalu, Bersatu mengambil langkah bertanding menggunakan lambang sendiri.
01:06Selepas mendakwa tidak dilibatkan dalam perbincangan pembahagian kerusi bersama Perikatan Nasional.
01:12Abdul Hadi dalam pada itu menjelaskan PAS juga tidak menjemput bersatu pada Muktamar Tahunan PAS ke-72 yang bakal berlangsung
01:21di Kelantan Minggu Harapan.
01:23Ahli Parlimen Marang itu berkata hanya UMNO dan parti-parti dalam rakan gabungan PN diundang pada Muktamar Berkenaan.
Comments