00:00Nepal dan China memberi amaran mengenai risiko banjir baru di kawasan Himalaya, susulan peningkatan paras air di dua tasik yang
00:06terbentuk di kedua-dua belah sempadan negara berkenaan yang dikuateri boleh pecah.
00:12Kebimbangan itu timbul ketika kawasan berkenaan masih bergelut dengan kesan banjir kilat besar yang berlaku sebelum ini.
00:19Kedua-dua negara dilapor menyalahkan kejadian banjir tersebut berpunca daripada runtuhan glasir yang menolak batu, ais, lumpur dan serpihan ke
00:28dalam sistem sungai di kawasan pergunungan.
00:30Pihak berkuasa pengurusan bencana Nepal pada Khamis mengeluarkan notis amaran selepas sebuah tasik yang terbentuk akibat timbunan serpihan menyekat aliran
00:39sungai di lokasi banjir didapati semakin meningkat paras airnya.
00:43Pihak berkuasa berkata keadaan itu menimbulkan risiko tasik berkenaan pecah dan menyebabkan limpahan air secara mendadak ke kawasan hilir.
00:52Pihak berkuasa meminta penduduk di kawasan tebing sungai bahagian bawah, penumpang, anggota penyelamat yang terlibat dalam operasi menyelamat dan semua
00:59pihak berkaitan mengambil langkah berjaga-jaga serta berada di lokasi selamat jauh dari tebing sungai dan kawasan berisiko.
01:06Dalam perkembangan sama, China turut memberi amaran mengenai risiko pecahnya sebuah tasik yang terbentuk akibat halangan di laluan sungai di
01:14kawasan sempadanya.
01:15Menurut pihak berkuasa China, kira-kira 3 juta meter padu air dijangka mengalir ke tasik yang telah terbendung itu dalam
01:23tempoh tiga hari akan datang.
01:25Jumlah air berkenaan adalah bersamaan kira-kira 1,200 kolam renang bersaiz olimpik.
01:30Keadaan itu dijangka meningkatkan tekanan terhadap halangan semula jadi yang menahan aliran air dan sekaligus mencetuskan risiko limpahan atau pecahan.
01:40Aliran air dijangka mencapai tahap maksimum sekitar Isnin sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya banjir baharu di kawasan berhampiran.
01:49Pihak berkuasa kedua-dua negara kini memantau perkembangan keadaan dengan teliti ketika operasi menyelamat dan usaha membantu penduduk yang terjejas
01:57akibat banjir sebelum ini masih diteruskan.
Comments