00:00Sebanyak 57 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi sesudahan kejadian banjir kilat dasyat di daerah Rasuwa, Nepal.
00:07Kementerian luar dalam kenyataan memaklumkan angka terkini itu adalah berdasarkan laporan yang diterima daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan majikan
00:15setakat jam 11 malam 27 Ogos.
00:19Kementerian itu memaklumkan misi diplomatiknya di kawasan berkenaan sedang membuat semakan atau pengesahan terhadap laporan tersebut dengan maklumat yang diperoleh
00:29daripada pihak berkuasa dan agensi Nepal berkaitan.
00:32Menurut Kementerian luar, pihak berkuasa tempatan telah melaporkan penyelamatan 31 warga asing setakat ini.
00:39Namun pada peringkat ini, Kementerian belum menerima pengesahan sama ada terdapat rakyat Malaysia dalam kalangan mereka yang diselamatkan.
00:46Jelas Kementerian, perwakilan diplomatik Malaysia di kawasan tersebut juga sedang bekerjasama dengan pasukan tindakan kecemasan Kementerian Luar Nepal dan Lembaga
00:57Pelancongan Nepal untuk menyemak silang maklumat mengenai rakyat Malaysia yang belum dapat dihubungi.
01:03Kementerian turut menggesa ahli keluarga rakyat Malaysia yang sedang mengembara di kawasan itu dan belum mendaftarkan keberadaan mereka supaya memberikan
01:12butiran peribadi kepada Kementerian.
01:14Susulan maklumat diterima bahawa terdapat kemungkinan sesetengah rakyat Malaysia telah memasuki kawasan terjejas melalui negara jiran, China dan India.
01:23Bilik operasi Kementerian di Putrajaya kini beroperasi 24 jam sehingga diberitahu kelak bagi menyelaraskan maklumat serta memberikan bantuan terus kepada
01:32rakyat Malaysia di kawasan terjejas dan keluarga mereka.
01:36Ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkaitan termasuk nama penuh, nombor pasport, jadual perjalanan, lokasi terakhir diketauhi dan nombor telefon untuk
01:46dihubungi digesa menghubungi Kementerian di talian tertera.
01:50Mereka juga boleh memberikan butiran tersebut secara terus kepada Kedutaan Besar Malaysia di Katmandu menerusi email mwkathmandu.kln.gov.my
02:01dengan satu salinan dihantar kepada bilik operasi Kementerian.
02:05Kementerian menggesa rakyat Malaysia yang menetap atau sedang mengembara di Nepal khususnya mereka yang berada di dalam atau berhampiran kawasan
02:13terjejas agar sentiasa berwaspada, mengutamakan keselamatan diri dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa tempatan.
02:21Rakyat Malaysia juga digesa mendaftar dan mengemaskini maklumat hubungan mereka secara berkala menerusi portal e-consular di laman tertera.
Comments