Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Pihak berkuasa mengerahkan ribuan anggota polis di lokasi strategik selepas kebimbangan tercetus susulan rusuhan maut tahun lalu yang menjejaskan operasi harian dan kemudahan awam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jakarta meningkatkan tahap keselamatan menjelang himpunan besar-besaran dijaduakan pada 27 Agustus setahun selepas rusuhan maut yang menggegarkan ibu negara
00:09Indonesia.
00:10Ribuan anggota polis dikirahkan di beberapa lokasi strategik bagi menyelakkan kejadian tahun lalu berulang.
00:16Himpunan kali ini dijangka menarik penyertaan pelajar, pekerja dan kumpulan masyarakat yang mahu menyuarakan pelbagai tuntutan berkaitan isu ekonomi serta
00:24kebajikan rakyat.
00:28Kebimbangan keselamatan meningkat kerana protes pada Ogustus tahun lalu bertukar ganas selepas kematian seorang pemandu motosikal dalam talian Afan Kurniawan
00:37yang dilanggar kenderaan taktikal polis ketika demonstrasi.
00:40Insiden itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan menyebabkan protes merebak ke beberapa bandar di Indonesia.
00:46Bagi menghadapi kemungkinan berlaku kekacauan, pihak berkuasa Jakarta memperketatkan kawalan keselamatan khususnya di sekitar kompleks Parlimen Indonesia dan kawasan tumpuan
00:55orang ramai.
00:56Pada masa sama, pihak berkuasa dan kerajaan tempatan menggesa orang ramai supaya bertenang serta memastikan sebarang demonstrasi berlangsung secara aman.
01:05Himpunan 27 Ogustus itu menjadi tumpuan kerana ia berlangsung selepas setahun gelombang protes yang mengorbankan beberapa nyawa dan menyebabkan kerosakan
01:13kepada kemudahan awam serta premis perniagaan.
01:17Ketegangan yang berlaku tahun lalu turut memberi kesan kepada aktiviti harian di Jakarta termasuk operasi pengangkutan awam dan kegiatan perniagaan.
01:25Pihak berkuasa kini berharap pengalaman tahun lalu tidak berulang dan himpunan kali ini dapat berlangsung secara aman tanpa mengancam keselamatan
01:32penduduk serta pelawat di Ibu Negara.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended