00:00Indonesia terus mempergiat operasi pemadaman kebakaran di Kalimantan dan Sumatera.
00:05Susulan kebakaran hutan dan tanah yang masih marak dengan kawasan dianggarkan seluas 74,870 hektare terbakar di enam wilayah.
00:14Pemangku Ketua Pusat Data Informasi dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana BNPB Berton Panjaitan berkata
00:23operasi udara itu melibatkan 52 helikopter yang menggugurkan lebih 4 juta liter air di lokasi kebakaran.
00:31Beliau berkata pihaknya merekodkan 4.6 juta liter air diangkut dan digugurkan di lokasi kebakaran
00:38menerusi beberapa penerbangan di enam wilayah.
00:41Beliau berkata sebanyak 7,334 titik panas direkodkan di enam wilayah pada selasa
00:47dengan Kalimantan Barat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,610 diikuti Kalimantan Tengah 2,110
00:54dan Sumatera Selatan 1,438.
00:58Menurut beliau Kalimantan Barat turut mencatatkan anggaran keluasan kawasan terbakar tertinggi
01:03iaitu 38,311 hektare diikuti Riau 16,440 hektare, Kalimantan Selatan 9,605 hektare,
01:12Kalimantan Tengah 7,634 hektare, Sumatera Selatan 1,926 hektare dan Jambi 954 hektare.
01:21Kebakaran hutan dan tanah yang berterusan menyebabkan kualiti udara merosot dengan ketara
01:26apabila indeks pencemaran udara IPU di beberapa kawasan di Kalimantan Tengah
01:30mencecah 573 pada awal Rabu iaitu paras yang dikategorikan sebagai berbahaya.
01:37Sementara itu Ketua Pusat Krisis Kesehatan Kementerian Kesehatan Agus Jamaluddin berkata
01:42kira-kira 3.4 juta penduduk terjejas akibat kebakaran di tujuh wilayah
01:46iaitu Riau, Jambi dan Sumatera Selatan di Sumatera serta Kalimantan Barat Tengah Timur dan Selatan.
01:53Kebakaran itu turut menimbulkan kebimbangan serius di negara jiran termasuk Malaysia
01:57apabila jerebu rentas sempadan memburukkan kualiti udara di beberapa kawasan di Selatan Rantau ASEAN.
Comments