00:00Meta Platforms bersetuju membayar sehingga 18 bilion dolar Amerika dalam tempoh 10 tahun
00:05bagi menyelesaikan tuntutan daripada hampir semua negeri di Amerika Syarikat
00:10yang mendakwa syarikat itu mereka bentuk Facebook dan Instagram sehingga menyebabkan kanak-kanak ketagih.
00:16Perjanjian yang diumumkan pada Rabu itu turut menetapkan had lebih ketat terhadap penggunaan Facebook dan Instagram dalam kalangan remaja.
00:26Penyelesaian tersebut menamatkan perbicaraan persekutuan di Auckland, California yang mendakwa produk Meta menjejaskan kanak-kanak
00:33dan syarikat itu mengelirukan orang ramai mengenai aspek keselamatannya.
00:36Empat negeri iaitu California, Colorado, Kentucky dan New Jersey sebelum ini dijangka menuntut hampir 200 bilion dolar Amerika dalam bentuk
00:44penalti sivil.
00:46Walaupun perjanjian itu tidak memerlukan perubahan besar terhadap operasi Meta,
00:50ia menetapkan pendekatan baru dalam cara syarikat berkenaan menyediakan perkhidmatan kepada pengguna muda.
00:57Perjanjian itu juga berpotensi menjadi contoh bagi menyelesaikan ribuan saman lain terhadap syarikat media sosial berhubung keselamatan kanak-kanak.
01:05Pada masa sama, beberapa kerajaan di seluruh dunia sedang memperketatkan kawalan terhadap akses kanak-kanak kepada kandungan berbahaya dalam talian.
01:12Australia misalnya telah memperkenalkan larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak berusia bawah 16 tahun.
01:20Terima kasih telah menonton!
Comments