00:00Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dihadapkan ke Mahkamah Session Kuala Lumpur pada Khamis
00:06atas dakuan tidak mengisytiharkan harta membabitkan wang berjumlah RM14 juta
00:11dan pelbagai matawang asing lain, 5 jongkong emas seberat 5 kilogram, sekeping perak dan syiling emas.
00:19Beliau yang dilihat tenang sepanjang proseding bagaimanapun mengaku tidak bersalah
00:23selepas tuduhan dibacakan di harapan Hakim, Suzana Husin.
00:30Mengikut pertuduhan ahli Parlimen Bera itu didakwa memberikan satu penyataan bertulis
00:35yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36, Kurungan 1, Kurungan A Akta Suranjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
00:43bertarikh 7 Januari tahun lalu.
00:46Notis berkenaan dihantar kepada beliau oleh seorang pegawai SPRM berpangkat pesuranjaya
00:52dan yang lebih tinggi pada 10 Januari 2025, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta
00:58seperti yang dinyatakan dalam lampiran A.
01:02Beliau dengan itu melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 36, Kurungan 2 Akta SPRM
01:09yang membawa hukuman penjara tidak melibihi 5 tahun dan denda tidak melibihi RM100,000.
01:15Dalam proseding pada Khamis, timbalan pendakwa raya Farah Izlin Yusuf Han
01:20memohon jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin selain pasport Ismail Sabri diserahkan kepada mahkamah.
01:27Bagaimanapun, Datuk Amir Hamzah Arsyad yang mewakili Ismail Sabri memohon jumlah jaminan yang munasabah
01:33dengan menegaskan tujuan utama jaminan adalah bagi memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah
01:39dan bukannya sebagai bentuk hukuman.
01:41Beliau turut memaklumkan anak guamnya memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan SPRM.
01:47Menurutnya, Ismail Sabri hadir ke pejabat SPRM sebanyak 10 kali sejak siasatan bermula pada awal tahun lalu.
01:55Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin daripada ahli keluarga.
02:03Mahkamah turut membenarkan pasport Ismail Sabri tidak diserahkan kerana mendapati beliau tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri.
02:12Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 September depan.
02:17Terima kasih.
Comments