00:00Budaya selesa dan sikap menganggap kerugian berbilion ringgit sebagai perkara biasa tidak boleh dibiarkan.
00:07Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sikap itu boleh melemahkan sesebuah syarikat, agensi, malah negara.
00:15Beliau berkata kejayaan dan kehidupan yang baik boleh melahirkan budaya selesa atau culture of contentment.
00:23Namun keadaan menjadi lebih serius apabila kelemahan dan kerugian besar terus dibiarkan tanpa tindakan.
00:33Kadang-kadang ada agensi itu syarikat rugi 10 bilion, 12 bilion.
00:44Tapi kita masih kata, ok, tak ada apa-apa. Biasa apa? Biasa apa? Biasa lingkup.
00:53Tak boleh. Ini budaya ini budaya yang akan menyebabkan kita bukan selesa, rugi.
01:02Menurutnya, sesebuah organisasi tidak seharusnya berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
01:08Sebaliknya, perlu sentiasa berusaha meningkatkan prestasi.
01:12Beliau turut mengingatkan bahawa sikap selesa dengan pencapaian tidak seburuk sikap terus bertolak ansur dengan kerosakan.
01:20Dalam hari itu, beliau berharap Multimedia Universiti, MMU, terus menjadi universiti contoh yang cemerlang.
01:28Calakom Malaysia Berhad, TM pula perlu terus bergerak ke hadapan selaras dengan perkembangan komunikasi dan keterhubungan.
01:35Beliau berkata demikian pada majlis peluncuran sambutan ulang tahun ke-80 TM di Cyberjaya pada Rabu.
Comments