00:00Hospital Raja Permaisuri Bainon HRPB memaklumkan berjaya menyelaraskan satu kes pendermaan organ melibatkan seorang pesakit lelaki berusia 64 tahun yang
00:11menerima rawatan di unit rawatan rapi ICU HRPB pada selasa.
00:16HRPB dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa usaha pendermaan organ itu bermula melalui pendekatan pasukan Jabatan Kecemasan dan
00:25Trauma serta Jabatan Neurosurgery kepada keluarga pesakit.
00:31Jelasnya setelah diberikan penerangan dan memahami proses yang terlibat, pihak keluarga dengan penuh keikhlasan telah memberikan persetujuan bagi pendermaan organ.
00:40Hasil penilaian dan proses koordinasi pendermaan, buah pinggang dan tisu mata telah dikenalpasti untuk didermakan.
00:46Hantaran itu memaklumkan bahawa proses perolehan organ mengambil masa lebih 6 jam dengan prosedur perolehan buah pinggang mengambil masa hampir
00:544 jam sebelum diteruskan dengan proses perolehan tisu mata.
00:57Menurut HRPB, tempoh yang panjang itu mencerminkan ketelitian, kesabaran dan komitmen pasukan yang terlibat dalam memastikan organ dan tisu yang
01:06sesuai dapat didermakan kepada mereka yang sedang menanti.
01:10Proses itu turut diselaraskan dengan kerjasama unit perolehan organ UPOH HRPB bersama-sama pasukan klinikal dan sokongan yang terlibat bagi
01:19memastikan keseluruhan urusan pendermaan dapat dilaksanakan dengan lancar.
Comments