00:00Baik, produktiviti tenaga kerja negara tidak seharusnya diukur berdasarkan hasil kerja dan sumbangan ekonomi semata-mata.
00:07Sebaliknya, perlu mengambil kira tahap kesihatan dan kesejahteraan pekerja.
00:11Penganalisis Ekonomi Putera Business School, Prof. Maria Dr. Ida Yasin berkata,
00:16pengukuran produktiviti ketika ini lebih tertumpu kepada nilai kewangan yang dihasilkan.
00:21Sedangkan, kesan tekanan kerja terhadap kesihatan dan keupayaan pekerja untuk kekal produktif
00:26dalam jangka panjang masih kurang diberikan perhatian.
00:32Apabila ramai pekerja ini tidak sihat, tidak dapat bekerja, maka dia bukan sahaja memberi kesan negatif kepada syarikat,
00:41dia juga memberi kesan negatif kepada sektor kesihatan dalam negara kita.
00:45Dan yang penting sekali sebenarnya dia memberi kesan kepada individu itu sendiri.
00:49Sedangkan kita mahu bahawa rakyat kita sebagai manusia, kita kalau boleh tidak terlalu tertekan,
00:56di tempat kerja sehingga menjejaskan kesihatan dan apabila kesihatan terjejaskan dalam tempoh yang lama,
01:02dia boleh memberi kesan bahawa kita tidak dapat bekerja lagi.
01:06Kadang-kadang pada usia yang tidak begitu tua lah, kadang-kadang 40 lebih, 50 dan mempunyai penyakit yang kronik dan
01:14sebagainya.
01:14Dan hingga mereka tidak boleh bekerja dan ini adalah satu keregian dari segi produktiviti pekerja itu sendiri.
01:19Tambah beliau, pelaburan terhadap kesihatan fizikal dan mental pekerja perlu dilihat sebagai strategi jangka panjang syarikat dalam meningkatkan produktiviti bukan
01:28sekadar kos tambahan kepada majikan.
01:30Pendekatan majikan terhadap kesejahteraan pekerja banyak bergantung kepada perspektif masing-masing dalam melihat kepentingan produktiviti jangka panjang.
01:38Katanya, majikan yang mempunyai perancangan jangka panjang cenderung melihat kesihatan pekerja sebagai satu bentuk pelaburan kerana tenaga kerja yang lebih
01:45sihat mampu menyumbang secara berterusan kepada prestasi syarikat.
01:49Bagaimanapun, beliau berkata masih terdapat majikan yang lebih mengutamakan kelangsungan operasi, jualan dan keuntungan tanpa memberikan perhatian sewajarnya terhadap keadaan
01:58pekerja.
01:58Di samping itu, terdapat syarikat yang telah mengambil pendekatan lebih proaktif dengan menggalakkan pekerja menyertai aktiviti sukan dan kecegasan sebagai
02:06sebahagian daripada usaha menjaga kesihatan.
02:09Malah terdapat syarikat yang memperkenalkan sistem mata ganjaran kepada pekerja yang menyertai aktiviti sukan sebelum mata tersebut boleh ditebus dengan
02:16ganjaran tertentu.
02:18Menurutnya, inisiatif seperti itu bukan sahaja menggalakkan gaya hidup lebih aktif, malah menunjukkan bahawa kesejahteraan pekerja menjadi sebahagian daripada budaya
02:26sesebuah organisasi.
02:28Terima kasih.
Comments