00:00Temu kembali, kemenangan Parti Demokrat dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat membuka ruang kepada sesatan lebih menyeluruh
00:07terhadap dasar luar pentadbiran Presiden Donald Trump, khususnya berkaitan Perang Iran.
00:12Timbalan Ketua Penyelidikan dan Penerbitan Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa IAIS Malaysia,
00:19Wan Naim Wan Mansur berkata, penguasaan Demokrat dalam Dewan Pewakilan dan Senat membolehkan Kongres menuntut penjelasan
00:27untuk meningkatkan akauntabiliti pentadbiran White House.
00:31Siasatan itu boleh dilakukan dengan lebih teliti dan penguasaan Demokrat itu boleh,
00:40antaranya adalah boleh memanggil pegawai pentadbiran, boleh memanggil pegawai-pegawai pentadbiran di dalam negara
00:48mempunyai kuasa yang lebih besar untuk menggaguh-gugat ataupun mungkin memberikan lebih akauntabiliti pada Trump
00:56dalam apa dia punya kesan ataupun dia punya keputusan dalam Iran itu sendiri.
01:05Wan Naim menjelaskan langkah itu berpotensi meningkatkan tekanan politik terhadap Trump
01:11yang sebelum ini menikmati sokongan Republikan di kedua-dua Dewan Kongres.
01:16Bagaimanapun beliau berpandangan, perubahan penguasaan Kongres tidak semestinya menjejaskan kuasa eksekutif Presiden
01:22secara langsung memandangkan Trump masih mempunyai kuasa veto serta bidang kuasa tertentu
01:28dalam menentukan dasar luar negara itu.
01:31Beliau berkata demikian dalam program Agenda Awani pada Rabu.
01:35Kemenangan Demokrat dalam pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa
01:38menyaksikan parti berkenaan merampas penguasaan kedua-dua Dewan Kongres daripada Republikan
01:43sekaligus membuka lembaran baru hubungan antara badan perundangan dan pentadbiran Trump
01:48bagi baki dua tahun penggal kedua beliau.