Skip to playerSkip to main content
Dalam masa sama, Ajue bersedia menghadapi saingan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Zulkiflee Mohd Zin atau Acik Zul, selainmeletakkan keyakinan untuk memenangi kerusi berkenaan.
#PRNMelaka #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri Tabuh Naning, Aju Sahat,
00:06bercadang mewujudkan hub pengumpulan industri kecil dan sederhana,
00:09khususnya bagi membantu usahawan wanita serta ibu tunggal.
00:13Beliau berkata hub berkenaan berpotensi menjadi pusat pengumpulan dan pemasaran produk tempatan.
00:18Ini sekaligus mewujudkan tarikan baru kepada kawasan Simpang 4 dan Tabuh Naning.
00:23Saya pernah fikir satu idea untuk buat satu hub, satu tempat pengumpulan.
00:30industri-industri kecil, khususnya kepada wanita, kepada ibu tunggal, kepada golongan-golongan itulah kita utamakan.
00:41Bila semua kita ada satu hub, satu bangunan yang besar untuk mengumpulkan dan kita marketkan,
00:48insyaAllah mungkin lebih menjadi tarikan kepada Simpang 4 ataupun Tabuh Naning itu sendiri.
00:54Menjadi yang pun cakap mercu juga, insyaAllah.
00:56Selain memperkasa IKS, Aju mahu memberi tumpuan kepada pembangunan industri di Tabuh Naning,
01:03terutama di kawasan sekitar pintu keluar tol Simpang 4.
01:06Pembangunan itu boleh merangkumi sektor perkilangan, pertanian atau hub logistik
01:11bergantung kepada potensi kawasan serta kesesuaian industri.
01:16Menurutnya, pembangunan hub logistik berpotensi menyediakan peluang pekerjaan,
01:20susunan perkembangan pesat perniagaan dalam talian dan keperluan syarikat e-dagang terhadap kemudahan berkenaan.
01:26Selain pembangunan ekonomi, Aju turut mahu mengangkat warisan kawasan itu sebagai satu lagi tarikan pelancongan
01:33termasuk sejarah perjuangan pahlawan tempatan dan makam Dol Said.
01:37Walaupun pertama kali bertanding, Aju bersedia meletakkan keyakinan
01:41memenangi kerusi Don Tabuh Naning pada pilihan raya negeri 14 November ini.

Recommended