Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan beliau ke Melaka bagi merasmikan persidangan penjanaan kuasa turbin gas. Kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh juga atas kapasiti rasmi dan undangan penganjur.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadila Yusof menjelaskan kehadirannya di Melaka pada Rabu adalah atas urusan rasmi dan tidak berkaitan
00:07dengan pilihan raya negeri.
00:09Beliau berada di Kuala Sungai Baru bagi merasmikan persidangan Tahunan Jawatan Kuasa Penjanaan Kuasa Terbin Gas CGN Energy International CGNE
00:182026 di Logi Jana Kuasa Edra, Melaka.
00:21Fadila yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata program itu berkaitan penjanaan tenaga yang boleh memberikan manfaat kepada
00:30ekonomi negeri dan keselamatan tenaga negara.
00:33Menurutnya persidangan itu merupakan inisiatif CGNE dan Edra Power Holdings menerusi penubuhan pusat latihan kemahiran Terbin Gas di Melaka.
00:43Beliau turut menjelaskan kehadiran Datuk Seri Abdul Raof Yusof adalah atas kapasiti Ketua Menteri dan undangan pihak penganjur.
00:52Kenyataan itu dikeluarkan dan susulan cubaan segelintir pihak mengaitkan kehadirannya dengan perkembangan politik semasa di Melaka.

Recommended