Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Singapura meluluskan pindaan undang-undang jerebu rentas sempadan dengan menaikkan denda maksimum serta memperkukuh kuasa penguatkuasaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Singapura memperketatkan undang-undang berkaitan jerebu rentas sempadan dengan meningkatkan denda maksimum dan memperluas kuasa penguatkuasaan terhadap pihak yang didapati
00:09menyumbang kepada pencemaran tersebut.
00:11Pindaan terhadap Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan THPA itu diluluskan oleh Parlimen Singapura pada Rabu.
00:20Antara perubahan utama termasuk peningkatan denda maksimum bagi kesalahan berkaitan daripada 2 juta dolar Singapura kepada 20 juta dolar Singapura.
00:29Denda harian pula ditingkatkan daripada 100 ribu dolar Singapura kepada 1 juta dolar Singapura bagi kes membabitkan kebakaran hutan atau
00:38tanah yang boleh menyebabkan jerebu di Singapura.
00:40Pindaan berkenaan terut memperluas kuasa siasatan untuk mengesan hubungan komersial, rangkaian bekalan serta aktiviti perniagaan yang mempunyai kaitan dengan punca
00:50jerebu.
00:50Dalam pada itu, Kementerian Kemampanan dan Alam Sekitar Grace Fu berkata langkah itu akan memperkukuh kedudukan Singapura sebagai negara yang
00:58tegas dalam menguatkuasakan pihawayan alam sekitar.
01:01Beliau berkata pindaan itu juga menunjukkan komitmen Singapura untuk meningkatkan ketelusan rantaian bekalan dan mengurangkan manfaat ekonomi yang diperoleh daripada
01:10aktiviti yang menyumbang kepada jerebu rentas sempadan.
01:13Menurutnya, Singapura akan terus bekerjasama dengan negara-negara ASEAN termasuk melalui peranannya sebagai pengurusi ASEAN pada 2027 bagi memperkukuh usaha
01:22serantau menangani masalah tersebut.
01:24Sementara itu, pengurusi Institut Hal Ewal Antarabangsa Singapura, Simon Tay berkata, pindaan berkenaan akan membolehkan tindakan lebih tegas diambil terhadap
01:34syarikat yang didapati bertanggungjawab menyebabkan jerebu.
01:37Bagaimanapun, beliau menegaskan undang-undang yang lebih ketat sahaja tidak mencukupi dan kerjasama serantau termasuk dengan Indonesia serta negara jiran
01:45lain masih menjadi kunci utama dalam menangani isu berkenaan.

Recommended