Skip to playerSkip to main content
Malaysia akan terus menentukan keutamaan perbelanjaan pertahanannya berdasarkan kemampuan dan kepentingan negara, tanpa tunduk kepada desakan atau syor kuasa besar supaya peruntukan pertahanan negara dinaikkan sehingga lima peratus daripada Keluaran Negara Kasar (GNP).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia bukan boneka mana-mana kuasa besar dan akan terus berpegang kepada dasar berkecuali serta doktrin pertahanan yang mengutamakan perlindungan kedaulatan negara, bukannya untuk tujuan menyerang negara lain.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803210/berita/nasional/malaysia-bukan-boneka-kuasa-besar-belanja-pertahanan-ikut-kemampuan---khaled-nordin

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #KhaledNordin #belanjapertahanan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Memang kita tak nafikan negara-negara di rantau ini ataupun yang tidak berjauhan daripada kita
00:08telah pun mengusahakan peningkatan perbelanjaan pertahanan mereka.
00:14Dan tentunya dalam keadaan peningkatan itu, tapi sebelum itu saya telah nyatakan bahawa kita
00:23menghormati tindakan setiap negara dan kita tidak mencampuri soal-soal begitu.
00:28Kita tidak boleh halang bagi mana-mana negara jika mereka ingin meningkatkan perbelanjaan untuk pertahanan negara mereka.
00:36Tetapi seperti kita sedia baklum, apa yang kita khawatir ialah kemungkinannya berlaku salah faham
00:43yang boleh menyebabkan perselisihan dan juga pertembungan antara negara yang akan tidak dapat dinafikan menjejaskan kita
00:55dan juga rantau kita.
00:57Dan bila itu berlaku memang tak boleh nak elak, semuanya akan terjejas.
01:01Itu kita tak nafikan. Ianya memang akan terjejas.
01:05Soalnya ialah bagi kita dalam memerhatikan kepada perkembangan itu,
01:11kita juga mengambil tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang sesuai dan dalam kemampuan kita.
01:17memang ada negara mengesyorkan kepada kita supaya naikkan perbelanjaan pertahanan kepada 5% daripada GNP.
01:26Tujuannya ialah supaya negara kuasa besar itu mahukan bila ada pertembungan, konflik, perperangan, kita ke depan.
01:34tapi kita ingin nyatakan bahawa kita bukan bernikah mana-mana kuasa besar, kita bebas, kita berkecuali, kita belanja dan salurkan
01:44peruntukan itu mengikut kemampuan kita.
01:47apatah lagi doktrin pertahanan kita ialah untuk mempertahankan negara, bukan untuk menyerang negara.
01:54Jadi kalau kita lihat sebahagian negara itu mungkin dia beli peluru berpandu, jaraknya 2,000 km, 3,000 km.
02:02Kita tidak perlukan itu kerana kita bukan nak serang negara lain.
02:06Kita hanya untuk mempertahan.
02:07doktrin pertahanan kita ialah untuk mempertahankan negara kita.
02:12Dan kita juga lakukan melalui credible deterrence dan sebagainya.
02:18Jadi asalkan daripada itu saya tak nafikan banyak negara sekeliling kita meningkatkan peruntukan pertahanannya bagi maksud mereka tertentu.
02:28Tetapi bagi kita, kita ambil segala tindakan untuk pastikan negara kita terus berdaulat, negara kita terus bebas, negara kita terus
02:39stabil.

Recommended