00:00Sebanyak 33,094 unit rumah siap dibina masih belum terjual di seluruh negara dengan nilai keseluruhan RM17.8 bilion bagi
00:10suku kedua tahun ini.
00:11Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ngakoming, jumlah itu meningkat sebanyak 293 unit atau 0.9% berbanding 32,801
00:23unit bernilai RM16.37 bilion yang direkodkan pada suku pertama tahun ini.
00:30Beliau memberitahu peningkatan itu menunjukkan isu lambakan rumah siap dibina tetapi tidak terjual masih menjadi cabaran dalam pasaran perumahan negara.
00:40Menurutnya keadaan berkenaan secara umumnya berpunca daripada ketidakseimbangan antara permintaan dan penawaran apabila rumah yang dibina tidak memenuhi keperluan penduduk
00:49setempat dari segi kuantiti, kualiti serta harga berbanding pendapatan.
00:54Sehubungan itu, kata beliau menerusi dasar perumahan negara DRN 2026-2035, KPKT memberi penekanan kepada perancangan pembangunan perumahan yang lebih
01:04bersasar dan berasaskan data dengan mengambil kira kemampuan pendapatan,
01:08keperluan perumahan serta permintaan sebenar mengikut lokaliti.
01:12Dalam pada itu, Kau Ming memberitahu kementeriannya itu turut akan memperkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan industri
01:21bagi memastikan pembangunan perumahan lebih seimbang dengan permintaan pasaran.
01:26Langkah itu bertujuan mengurangkan risiko lambakan rumah tidak terjual selain meningkatkan akses rakyat kepada kediaman berkualiti, mampu milik dan berdaya
01:35huni.
01:36Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abdul Muttalib mengenai jumlah rumah
01:43siap dibina tetapi belum terjual bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
01:48Terima kasih telah menonton!