00:00Meta Platforms menafikan dawaan bahawa syarikat itu sengaja mereka bentuk Facebook dan Instagram untuk menyebabkan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak
00:09demi meraih keuntungan.
00:11Penafian itu dibuat pada permulaan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Auckland, California pada Selasa.
00:20Selamai 29 negeri Amerika Syarikat menyaman Meta dengan menuntut penalti yang berpotensi mencecah puluhan atau ratusan bilion dolar selain perubahan
00:29terhadap cara syarikat itu beroperasi.
00:31Empat negeri utama iaitu California, Colorado, Kentucky dan New Jersey mendakwa Meta mereka bentuk kedua-dua platform untuk membuatkan pengguna
00:40muda terus terikat.
00:41Ia didakwa menyumbang kepada kebimbangan, kemurungan dan kes bunuh diri selain mengelirukan pengguna mengenai tahap keselamatan platform berkenaan.
00:50Juri turut akan mendengar dawaan bahawa Meta melanggar undang-undang Persekutuan dengan mengumpul dan menggunakan data peribadi kanak-kanak secara
00:57tidak wajar.
00:58Peguam Meta, Paul Schmidt, mengakui sesetengah individu berdepan kesukaran akibat penggunaan media sosial namun menegaskan keadaan itu tidak boleh dianggap
01:07sebagai ketagihan.
01:08Beliau juga berkata penyelidikan tidak menunjukkan hubungan jelas antara penggunaan media sosial oleh remaja dengan kemerosotan kesejahteraan.
01:16Juri dijangka mengeluarkan keputusan berbentuk nasihat manakala Hakim Daerah AS Yvonne Gonzalez Rogers akan menentukan liabiliti Meta.
01:26Jika didapati bertanggungjawab, Meta boleh dikenakan penalti sivil dan diarah mengubah operasi Facebook serta Instagram.
01:32Meta menganggarkan penalti boleh mencecah $1.4 triliun hampir menyamai nilai pasaran syarikat itu.
01:40Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Ezeketif Meta Mark Zuckerberg serta Ketua Instagram Adam Museri
01:46dijangka memberi keterangan dalam perbicaraan yang dijadualkan berlangsung selama enam minggu.
01:51Terima kasih telah menonton!
Comments