00:00Potensi fenomena El Nino mencapai kategori sangat kuat atau El Nino Super antara Oktober dan Disember kini melebihi 90%.
00:09Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia atau MedMalaysia Mohd Hisham Mohd Anib berkata
00:14konfigurasi iklim global menunjukkan fenomena El Nino 2026 dan 2027 berpotensi menjadi antara paling ekstrim pernah direkodkan.
00:25ia dijangka melepasi atau sekurang-kurangnya setanding impak El Nino Super pada tahun 1997-1998 serta 2015 hingga 2016.
00:37Hisham berkata perkembangan itu berdasarkan tren menaik dalam indeks Nino Lautan Relatif sejak pertengahan tahun ini
00:44serta pencerapan terkini suhu laut mingguan yang melebihi 1.8 darjah Celsius di atas purata klimatologi.
00:51Rekod suhu tertinggi dicerap pada episod El Nino 1997-1998 ialah di Stasiun Meteorologi Cuping, Perlis iaitu 40.1 darjah
01:02Celsius pada 9 April 1998.
01:06Episod 2015-2016 pula menyaksikan suhu 39.3 darjah Celsius direkod di Stasiun Meteorologi Batu Embun, Jerantut, Pahang pada 10
01:17April 2016.
01:18Jelas Hisham pengalaman terdahulu episod El Nino Super menunjukkan negara mengalami cuaca lebih panas dan kering daripada kebiasaan
01:27disertai pengurangan taburan hujan di beberapa kawasan pada penghujung musim monsoon timur laut dan fasa peralihan monsoon antara Februari hingga
01:36Mei.
01:36Berdasarkan pola episod terdahulu serta kesan daripada pemanasan global sejak kebelakangan ini,
01:43peningkatan suhu kali ini dijangka lebih ketara bermula Februari hingga Mei tahun depan.
Comments